PAS NAK BAGI LEHER UNTUK ‘DISEMBELIH’? – KERAJAAN CAMPURAN PAS DENGAN BN

Cadangan Presiden PAS untuk membentuk kerajaan campuran PAS – BN di negara ini adalah satu berita yang menarik dan sensasi.
Namun bagi penulis, jika PAS membentuk kerajaan campuran PAS – BN,
PAS sebenarnya meletakkan tengkuk dia untuk disembelih oleh BN sampai putus sama sekali
dan PAS akan lenyap terus dari muka bumi ini buat selama-lamanya seperti mana PARTI NEGARA dan lain-lain (sebagai contoh).

Kerana apa? kerana PAS tidak menghargai sokongan dan undi para pengundi yang mengundi PAS kerana menolak BN, tapi kemudiannya PAS pula nak join kerajaan campuran PAS – BN kerana mungkin kemaruk kuasa nak jadi MB, EXCO, Menteri kabinet persekutuan malah Perdana Menteri.
PAS tak belajar agaknya daripada Ikhwanul Muslimin, HAMAS dan FIS. Mereka tidak pernah membiarkan diri mereka bersekutu dengan pemerintah yang zalim dan anti-Islam. Ikhwan sanggup dipenjara dan dihambat daripada bersatu dengan pemerintah Mesir, begitu juga FIS sanggup mati syahid daripada bersatu dengan kerajaan boneka Algeria. Sama juga dengan HAMAS yang dikhianati oleh FATAH dalam kerajaan perpaduan HAMAS-FATAH..

Malah sejarah sendiri membuktikan BN tidak ikhlas berganding bahu dengan PAS apabila BN menyepak keluar PAS dari BN (pada tahun 1978 dulu) semata-mata kerana PAS membuka cawangan di Johor!. PAS tidak mahu belajar agaknya.
Biarkan lah si luncai terjun dengan labu-labunya
Kalau nanti PAS di batu nesankan, penulis hanya mampu membaca kan al-Fatihah dan solat jenazah ghaib sahaja.


Berkaitan : NIK AZIZ BANTAH KERJASAMA DENGAN BN

http://kamarulz.blogspot.com

MAC 18 - Nampaknya isu kerajaan perpaduan mendapat olahan pelbagai pihak. Ada yang pro dan ada yang kontra.

Utusan melalui penulisnya juga mempunyai pendirian dalam konteks ini. Namun, tulisan itu (baca disini) llebih dilihat dari perspektif spin master untuk menimbulkan keraguan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat.

Sebagai antara pihak yang awal melaporkan perkara ini, suka saya tegaskan, apa yang saya faham dari kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah: menjadi pra syarat kepada unity government ini adalah persetujuan semua pihak tanpa perpecahan khasnya dari Pakatan Rakyat sendiri.

"Bagaimana hendak menubuhkan kerajaan perpaduan jika di kalangan Pakatan Rakyat pun berpecah atau tertinggal kerananya," kata Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Shamsuri kepada saya.

Ini bermakna, PAS akan pergi untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam keadaan semua parti dalam Pakatan Rakyat bersatupadu untuk bekerjasama demi kepentingan negara.

PAS akan pergi jika kerajaan perpaduan itu akan membawa bersama PKR dan juga DAP yang menjadi rakannya sekarang. Katalah apa yang hendak dikata kepada PAS, tetapi itulah syarat utamanya. Ini kerana, bagi kebanyakan pemimpin PAS, itulah amanah yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya 8 Mac 2008 lalu.

Kerana berpegang kepada amanah itulah juga maka ura-ura muzakarah PAS-Umno selepas keputusan pilihan raya 2008 lalu mendapat tentangan hebat pimpinan dan juga akar umbi Pas sendiri.

Jadi tidak berbangkit akan berlaku kembali perpaduan atas nama kerjasama antara Pas dan Umno untuk kepentingan Melayu. Ini kerana, Pas sudah terlalu banyak pengalaman dengan Umno. Umno hanya akan menghulurkan tangan untuk berpadu apabila dia tersepit sahaja.

"Pedihnya masih terasa," kata Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya di Kota Bharu 16 Mac semalam. Beliau mengulas apa yang dinamakan kerajaan perpaduan ini berdasarkan apa yang beliau faham iaitu Pas bekerjasama dengan Umno sebagaimana Pas menyertai BN dahulu.

Sebab itulah, apabila timbul isu ini, antara penentangan yang diterima adalah 'Apa perlunya Pas bekerjasama dengan Umno kini. Selepas Umno nak mati kita kerjakan, kita nak hantar ambulan pula'.

Turut ditimbulkan adalah, 'Kita sekarang hendak berperang di tiga bukit, parang sedang diasah, takkan kita hendak tumpulkan parang kita dengan kerajaan perpaduan ini. Teori betul tetapi masa sangat tidak sesuai.'

Bagi saya, isu ini mudah sahaja. Ia adalah persoalan masa juga. Masa yang kritikal kini adalah peralihan kuasa dari Datuk Seri Abdullah kepada Datuk Seri Najib. Tanyalah kepada siapa sahaja, mereka akan memberikan jawapan negatif kepada Najib. Jadi inilah masanya satu alternatif diberikan kepada Yang Dipertuan Agung untuk melantik PM baru.

Dalam masa yang sama, ramai kalangan pemimpin Umno sendiri melihat perkara ini dari perspektif mereka. Kenapa beberapa hari menjelang perhimpunan agung Umno, jelas sangat usaha besar-besaran dibuat untuk menyekat pemimpin-pemimpin tertentu.

Pemimpin-pemimpin yang menghadapi masalah itu pula dilihat yang rapat dengan Abdullah. Di sana ada Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria. Di sana juga ada Datuk Seri Azalina Othman Said. Selain itu, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaludin juga menghadapi masalah. Yang pasti, semua mereka bukan rapat dengan Najib.

Jadi persoalannya, kenapa? Ini perlu dilihat dari perspektif jelas iaitu semacam ada usaha untuk menyekat mereka untuk memudahkan kerja dan laluan Najib nanti.

Nik Aziz sendiri berkata, jika benar BN mahu bekerjasama dengan Pas kenapa melakukan kerja sebagaimana yang berlaku di Perak baru-baru ini?

Ramai melihat, apabila bekerjasama dengan Umno bermakna bekerjasama dengan Umno yang dipimpin oleh bakal presiden Umno iaitu Najib yang terlalu banyak 'extra beggage' itu.

Sebab itu dari awal lagi, saya lihat, Pas tidak akan bekerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan perpaduan jika Najib adalah pemimpin atau perdana menterinya. Ini kerana, pemimpin hendaklah orang yang diterima oleh semua pihak.

Sikap para pemimpin Pakatan terhadap Najib, dari awal lagi, telah ditunjukkan iaitu negatif. Presiden dan Mursyidul Am Pas secara terang telah mencadangkan agar Datuk Seri Abdullah kekal sebagai PM. Namun sebagaimana diketahui, agak sukar untuk Abdullah kekal kerana janjinya dan juga titah Yang Dipertuan Agung di Parlimen baru-baru ini.

Datuk Seri Anwar juga secara jelas menolak Najib yang beliau sifatkan sebagai 'menghulurkan ranting zaitun untuk perpaduan tetapi dalam masa yang sama menghunus keris ke arah mereka'.

Lalu datanglah cadangan alternatif iaitu Tengku Razaleigh Hamzah yang sejak akhir-akhir ini nampak sudah mula berfikir di luar kotak pemikiran biasa Umno.

Jadi ini sahaja pilihan yang ada, pada pandangan saya. Usahlah kita terpengaruh dengan spin master Umno ini. Usahlah cuba pecahkan Pakatan Rakyat. Para penyokong Pakatan pula usahlah terpengaruh dengan usaha untuk memecahkan mereka itu.

Sumber : The Malaysian Insider.

Pada 31 Ogos 1967 Rakyat dinegara ini telah membuat pilihan untuk bebas dari penjajah,mendirikan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan juga sistem raja berpelembagaan. dan ini bermakna kita telah diperintah 50 tahun lebih dah oleh UMNO dan gerombolannya..Dah lama dah tu.. 50 tahun tu bolehlah dikatakan tua dan hampir nak bersara dah..


50 tahun lebih dah.. UMNO sepatutnya cukup matang dalam pentadbiran dan pemerintahan negara, negara yang dikatakan negara Islam kononnya..tapi kenapa??
-Isu perkauman masih dimainkan?
-Undang-undang islam masih dipinggirkan?
-Masih ramai orang melayu yang merempat sedangkan kita ada DEB?
-Tanah reserve melayu semakin berkurangan?
-Kadar jenayah semakin menakutkan?
-Chin Peng tidak boleh dimaafkan sedangkan pihak negara Jepun boleh dimaafkan?
-Bumbung stadium yang berharga hampir RM300 juta boleh runtuh?

Selama lebih 50 tahun negara diperintah oleh mereka, Malaysia semakin tidak selamat, tidak aman dan tidak makmur.Ini dapat kita lihat sendiri, apabila suasana tidak selamat dan tidak aman wujud dalam masyarakat, apabila jenayah semakin berleluasa.Ini kata-kata Tuan Guru Haji Hadi disini

Selama lebih 50 tahun memerintah Kerajaan BN ternyata gagal membela nasib rakyat. Dan rakyat mulai sedar apa yang berlaku sekarang. Kata-kata Tuan Guru Nik Aziz disini

Selama lebih 50 tahun merdeka kita sekali lagi berada di persimpangan, kita melihat perlembagaan diperlekehkan, demokrasi diinjak dan institusi negara dijadikan alat penguasa. Kata-kata DSAI disini

Selama lebih 50 tahun memerintah, Umno hari ini (dan ini termasuklah di kalangan para pemimpinnya) tidaklah terdapat seberang kemampuan dan kejituan yang bersifat cendekia (yakni kemampuan berfikir) untuk memahami masalah sebenar Umno dan negara – dan dengan itu merencanakan penyelesaiannya. Kata-kata Allahyarham Rustam A.Sani disini



;;