PAS NAK BAGI LEHER UNTUK ‘DISEMBELIH’? – KERAJAAN CAMPURAN PAS DENGAN BN

Cadangan Presiden PAS untuk membentuk kerajaan campuran PAS – BN di negara ini adalah satu berita yang menarik dan sensasi.
Namun bagi penulis, jika PAS membentuk kerajaan campuran PAS – BN,
PAS sebenarnya meletakkan tengkuk dia untuk disembelih oleh BN sampai putus sama sekali
dan PAS akan lenyap terus dari muka bumi ini buat selama-lamanya seperti mana PARTI NEGARA dan lain-lain (sebagai contoh).

Kerana apa? kerana PAS tidak menghargai sokongan dan undi para pengundi yang mengundi PAS kerana menolak BN, tapi kemudiannya PAS pula nak join kerajaan campuran PAS – BN kerana mungkin kemaruk kuasa nak jadi MB, EXCO, Menteri kabinet persekutuan malah Perdana Menteri.
PAS tak belajar agaknya daripada Ikhwanul Muslimin, HAMAS dan FIS. Mereka tidak pernah membiarkan diri mereka bersekutu dengan pemerintah yang zalim dan anti-Islam. Ikhwan sanggup dipenjara dan dihambat daripada bersatu dengan pemerintah Mesir, begitu juga FIS sanggup mati syahid daripada bersatu dengan kerajaan boneka Algeria. Sama juga dengan HAMAS yang dikhianati oleh FATAH dalam kerajaan perpaduan HAMAS-FATAH..

Malah sejarah sendiri membuktikan BN tidak ikhlas berganding bahu dengan PAS apabila BN menyepak keluar PAS dari BN (pada tahun 1978 dulu) semata-mata kerana PAS membuka cawangan di Johor!. PAS tidak mahu belajar agaknya.
Biarkan lah si luncai terjun dengan labu-labunya
Kalau nanti PAS di batu nesankan, penulis hanya mampu membaca kan al-Fatihah dan solat jenazah ghaib sahaja.


Berkaitan : NIK AZIZ BANTAH KERJASAMA DENGAN BN

http://kamarulz.blogspot.com

0 Comments:

Post a Comment